DEMI WAKTU

 

KUNJUNGAN

Free Web Site Counter
:: YDQT ::

PAUTAN
KOMENTAR


AL-QURAN
SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

BLOGGER

Multaqa Al-Azhar
Sunday, February 24, 2008

Lepasan Al-Azhar perlu lebih dinamik bangunkan ummah


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pensyarah di Jabatan Fikh dan Usul, Universiti Malaya, Datuk Prof. Mahmud Zuhdi Abd. Majid, berkata, sudah sampai masanya siswazah universiti dari Mesir itu mengorak langkah untuk mempengaruhi masyarakat Islam supaya lebih berani dalam menghadapi era globalisasi.

Menurut Mahmud, sekian lama kumpulan lepasan Al-Azhar hanya menjadi guru-guru agama di sekolah dan pentadbir di jabatan-jabatan kerajaan apabila pulang dari Mesir.

"Kita sebenarnya memerlukan mereka melakukan lebih daripada itu bagi mengubah minda masyarakat dan maju seiring dengan bangsa-bangsa lain di dalam negeri dan peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang alumni Al-Azhar 1988, Dir Muhamad, dari Sri Lanka yang mahukan umat Islam tidak dikelirukan oleh pandangan Barat yang menolak nilai-nilai Islam dijadikan panduan hidup.


Pelajar Al-Azhar diajar tidak

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Siswazah Universiti Al-Azhar diajar supaya tidak taksub dan membuta tuli mengikut mana-mana fahaman, sebaliknya mengkaji syariat Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam.

Sheikhul Al-Azhar, Dr. Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi berkata, ajaran ini selaras dengan pengajian di universiti itu yang mementingkan penghafalan al-Quran dan penguasaan ilmu-ilmu lain termasuk fikah, hadis dan sastera.

Menurut beliau, Al-Azhar memastikan semua siswazahnya mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dan tidak akan diiktiraf sebagai lulusan universiti itu sekiranya gagal melakukannya dan ini menjadi keistimewaan kepada universiti yang berusia lebih 1,000 tahun itu.

"Sejak beberapa tahun lalu pihak Al-Azhar telah menjadikan penghafalan al-Quran sebagai asas pengajian Islam, di samping pengajian lain yang berlandaskan ilmu akal dan kerohanian," katanya ketika berucap di upacara perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar Ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Multaqa yang pertama diadakan di luar Mesir itu berjaya menghimpunkan lebih 1,000 bekas pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar di negara ini di samping jemputan dari luar negara.

Menjelaskan tentang penghafalan al-Quran itu, Tantawi berkata, ia dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan menghafal 18 juzuk ketika pelajar berusia enam hingga 12 tahun manakala di peringkat pertengahan 12 hingga 15 tahun menghafal tujuh juzuk lagi.

Seseorang pelajar di peringkat menengah atas pula, kata Tantawi, perlu menghafal lima juzuk lagi menjadikan 30 juzuk al-Quran.

Tantawi juga memberitahu, Al-Azhar turut mengasaskan 8,000 sekolah agama di Mesir untuk lelaki dan perempuan, dan seterusnya meneruskan pengajian mereka di 70 fakulti termasuk dalam bidang perubatan, sains, farmasi, bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam yang lain di universiti itu.

"Al-Azhar kekal menjadi tempat mengumpul ilmu bahasa dan mengajar ilmu untuk sama-sama mengharungi zaman bagi meningkatkan kemajuan sejagat bersandarkan syariat Islam," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mendoakan agar Malaysia dan negara-negara Islam lain dapat mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan diredai Allah.
posted by Permai @ 12:11 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
AHLI LEMBAGA

SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH


PENAUNG
Tn. Hj. Yahaya bin Sulaiman
Pengerusi Yayasan DarAl-Quran



PENASIHAT
En. Azrul Azlan Iskandar Mirza
En. Mohd Azrul Hisyam Bin Salleh


PENGARAH URUSAN
En. Mohd Khairi bin Jamal


PENGARAH EKSEKUTIF/PENGURUS PEROJEK
En. Muhammad Hanis Ridha bin Makmor


KETUA PEGAWAI TADBIR
En. Zul Hairi bin Ahmad


PENGURUS KEWANGAN
Pn. Farah Syuhada binti Ramli


PENGURUS PEMASARAN
En. Mohd Taufik bin Abd Rahman


PENGURUS SUMBER MANUSIA
Cik Sarah Fawzia binti Ahmad Fuzi

PREVIOUS POST
ARCHIVES
::SISIPAN::

BLOGGER

 Pejabat : 39 A, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang DM
Alamat Surat Menyurat : F-214 Jalan Selayang, 28000 Temerloh, Pahang DM
Pusat Pendidikan : Kompleks Darul Quran, Kg Sg Netas, 28400 Merntakab, Pahang DM
No Pendaftaran : 1570/92 (Pahang)
http://darulquran.blogspot.com - ydqt.admin@gmail.com