DEMI WAKTU

 

KUNJUNGAN

Free Web Site Counter
:: YDQT ::

PAUTAN
KOMENTAR


AL-QURAN
SISIPAN


1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar- syi'ar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara.

7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asa gerakan da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

BLOGGER

Pilihanraya Umum 2008
Sunday, February 24, 2008

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa bagi Pilihan Raya Umum ke 12 akan diadakan dengan tarikh penamaan calon pada hari Ahad 24 Februari dan tarikh pengundian pada hari Sabtu 8 Mac. Ini telah dinyatakan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Ab. Rashid Ab.Rahman di satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Pilihan Raya UmumPilihan raya umum 2008 ini akan melibatkan pertandingan untuk merebut sebanyak 222 kerusi Dewan Rakyat untuk Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk. Ini tidak termasuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana telah mengadakan pilihan raya negeri dalam tahun 2006.

penamaan calon 24 Februari

Pilihan Raya Umum Ke12 yang akan diadakan pada hari Sabtu 8 Mac 2008 ini memberi tempoh berkempen selama tigabelas hari. Ini sebenarnya tempoh yang paling lama berbanding dengan beberapa pilihan raya yang lalu. Pilihan raya umum 2004 dahulu cuma lapan hari, pilihan raya umum 1999 pula sembilan hari dan pilihan raya umum 1986, 1990 dan 1995, 10 hari.

pengundian 8 Mac

Mengikut rekod tempoh berkempen yang paling lama ialah semasa pilihan raya umum 1955 iaitu 42 hari. Selepas itu tempoh berkempen telah dikurangkan pada setiap kali pilihan raya umum di mana pada pilihan raya umum 1959, 1964, 1969 35 hari, 1974 16 hari, 1978 17 hari dan 1982 15 hari.

Disepanjang tempoh berkempen ini kita akan dapat menyaksikan kesemua parti politik yang bertanding akan mengeluarkan kenyataan dan hujah kenapa pengundi mesti memilih mereka dan bukannya parti lawan. Berbagai teknik dan usaha akan dilakukan bagi menyokong perjuangan masing-masing.

Berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan pada 5 Februari 2008 terdapat seramai 10,922,139 pengundi yang layak mengundi iaitu 10,701,054 merupakan pengundi biasa dan 221.085 pula adalah pengundi pos. Hanya mereka yang namanya terdapat dalam daftar tersebut sahaja yang boleh mengundi pada 8 Mac kelak.

Mereka inilah yang akan memegang amanah untuk memilih wakil untuk membentuk kerajaan selama lima tahun lagi di peringkat negara dan negeri. Barisan Nasional telah memenangi 199 kerusi daripada 219 kerusi di peringkat Parlimen dan 453 kerusi daripada 505 kerusi diperingkat negeri di mana hanya kerajaan negeri Kelantan tidak diterajui oleh Barisan Nasional tetapi PAS.

Bagaimanakah pula keputusan pilihan raya umum ke 12 ini nanti? Semuanya akan terjawab pada awal 9 Mac dan penentunya adalah undi rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih.

Technorati Tags: , , , , , ,
posted by Permai @ 12:18 AM   0 comments
Multaqa Al-Azhar

Lepasan Al-Azhar perlu lebih dinamik bangunkan ummah


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Pensyarah di Jabatan Fikh dan Usul, Universiti Malaya, Datuk Prof. Mahmud Zuhdi Abd. Majid, berkata, sudah sampai masanya siswazah universiti dari Mesir itu mengorak langkah untuk mempengaruhi masyarakat Islam supaya lebih berani dalam menghadapi era globalisasi.

Menurut Mahmud, sekian lama kumpulan lepasan Al-Azhar hanya menjadi guru-guru agama di sekolah dan pentadbir di jabatan-jabatan kerajaan apabila pulang dari Mesir.

"Kita sebenarnya memerlukan mereka melakukan lebih daripada itu bagi mengubah minda masyarakat dan maju seiring dengan bangsa-bangsa lain di dalam negeri dan peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan seorang alumni Al-Azhar 1988, Dir Muhamad, dari Sri Lanka yang mahukan umat Islam tidak dikelirukan oleh pandangan Barat yang menolak nilai-nilai Islam dijadikan panduan hidup.


Pelajar Al-Azhar diajar tidak

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Siswazah Universiti Al-Azhar diajar supaya tidak taksub dan membuta tuli mengikut mana-mana fahaman, sebaliknya mengkaji syariat Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam.

Sheikhul Al-Azhar, Dr. Sheikh Muhammad Sayyid Tantawi berkata, ajaran ini selaras dengan pengajian di universiti itu yang mementingkan penghafalan al-Quran dan penguasaan ilmu-ilmu lain termasuk fikah, hadis dan sastera.

Menurut beliau, Al-Azhar memastikan semua siswazahnya mampu menghafal 30 juzuk al-Quran dan tidak akan diiktiraf sebagai lulusan universiti itu sekiranya gagal melakukannya dan ini menjadi keistimewaan kepada universiti yang berusia lebih 1,000 tahun itu.

"Sejak beberapa tahun lalu pihak Al-Azhar telah menjadikan penghafalan al-Quran sebagai asas pengajian Islam, di samping pengajian lain yang berlandaskan ilmu akal dan kerohanian," katanya ketika berucap di upacara perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar Ketiga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Multaqa yang pertama diadakan di luar Mesir itu berjaya menghimpunkan lebih 1,000 bekas pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar di negara ini di samping jemputan dari luar negara.

Menjelaskan tentang penghafalan al-Quran itu, Tantawi berkata, ia dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan menghafal 18 juzuk ketika pelajar berusia enam hingga 12 tahun manakala di peringkat pertengahan 12 hingga 15 tahun menghafal tujuh juzuk lagi.

Seseorang pelajar di peringkat menengah atas pula, kata Tantawi, perlu menghafal lima juzuk lagi menjadikan 30 juzuk al-Quran.

Tantawi juga memberitahu, Al-Azhar turut mengasaskan 8,000 sekolah agama di Mesir untuk lelaki dan perempuan, dan seterusnya meneruskan pengajian mereka di 70 fakulti termasuk dalam bidang perubatan, sains, farmasi, bahasa Arab dan ilmu-ilmu Islam yang lain di universiti itu.

"Al-Azhar kekal menjadi tempat mengumpul ilmu bahasa dan mengajar ilmu untuk sama-sama mengharungi zaman bagi meningkatkan kemajuan sejagat bersandarkan syariat Islam," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau mendoakan agar Malaysia dan negara-negara Islam lain dapat mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan diredai Allah.
posted by Permai @ 12:11 AM   0 comments
EKONOMI ISLAM
Saturday, February 23, 2008

SISTEM EKONOMI DAN PERANAN ISLAM

SISTEM EKONOMI di dunia pada hari ini dicetuskan oleh dua ideologi politik perdana. Pertama, ia disebut sistem sosialis dan kedua sistem kapitalis. Dua sistem ini, dikatakan bertukar ganti dari satu ke zaman. Pendulum bergerak dari kiri ke kanan dan kemudian ke kiri semula. Gerak batu pada jam dinding itu menurut kekuatan politik sesuatu negara. Banyak negara komunis, sekarang ini telah memilih kapitalisme sebagai dasar sistem ekonomi mereka. Di samping itu ada pula memakai sistem ekonomi yang bercampur antara sosialis dengan kapitalis. Hongkong dan China merupakan dua sistem yang bercampur aduk untuk menyalurkan barangan dan wang keluar masuk.

Negara-negara Afro-Asia dan Latin Amerika belum mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara Eropah dan Amerika. Sebab, dari segi tenaga dan kekuatan intelektual, terutama sains dan teknologi "kita" masih jauh ketinggalan. Budaya kerja, budaya sosial dan wibawa kepimpinan, terutama tentang pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan kehakiman (trias politica) iaitu pemisahan kuasa (separation of powers) masih kabur. Namun demikian, .baik sosialisme mahupun kapitalisme yang bermatlamat untuk memberi "kebahagiaan" atau kemakmuran mata benda iaitu hidup mewah kepada rakyat tidak dapat dicapai. Lihat sahaja perangkaan tentang jenayah, penindasan dan kemiskinan yang berlaku dalam berbagai negara.

Bagi orang Islam tidak kurang yang terpengaruh dengan sistem tersebut. Malah ada yang telah memakai sistem sosialis di samping banyak yang memakai sistem kapitalisme.

Bagaimana pun pemikir dan pejuang Islam yang percaya kepada dasar kehidupan yang berlandaskan pengajaran Al_Quran antara lain memberikan landasan terhadap kehidupan manusia antara lain :

Pertama, memperkenal haq Allah dan Haq manusia iaitu dan makhluk yang diciptakan ;

Kedua, tujuan hidup manusia (diciptakan) dan dihidupkan di dunia ini untuk beribadat kepada Allah atas nilai dan "hukum" atau undang-undang alam yang ditentukan ;

Ketiga, status dan peranan sebagai "khalifah" iaitu yang arif (mengenal Allah) ;

Keempat, mengawal nafsu dengan panduan nilai utama iaitu halal, haram, makruh, sunat dan harus.

Bidang kehidupan yang diajarkan ialah : Ibadat, Munakahat, Muamalat dan Jinayat. Semua itu mencakup kehidupan manusia sepanjang hari.

Persoalan ekonomi (muamalat) seperti bidang lain adalah berkaitan satu dengan lain dan tertakluk kepada nilai yang ditetapkan iaitu jalur haram, halal, wajib, makruh, sunat dan harus yang tersebut di atas.

Dari pengalaman dan pemerhatian penulis dan beberapa orang kawan bahawa sistem ekonomi yang baik ialah :

Pertama, hendaklah berlandaskan pada nilai utama tersebut di atas ;

Kedua memakai mana-mana unsur daripada dua sistem iaitu sosialis dan kapitalis yang tidak bercanggah dengan nilai utama Islam ;

Ketiga, menetapkan bahawa haq atas tanah, air, api (eletrik, gas dan seumpama itu) dan angin (komunikasi dan angkasa) adalah haq negara. Ertinya ia tidak boleh disyarikatkan atau dimonopoli oleh penguasa politik dan ekonomi ;

Keempat, mengurangi monopoli dalam semua keperluan rakyat terutama "keperluan asas" seperti beras, air, minyak, gula, garam dan perusahaan rakyat kecil-kecilan seperti kerja tangan dan makanan di desa.

PELAKSANAAN :

1. Mengambil pemikiran dari semua pihak yang terlibat dalam ekonomi terutama yang berilmu khusus seperti pensyarah dan pegawai yang berpengalaman ;

2. Sering mengadakan mesyuarat dengan mereka terutama pakar dalam bidang koperasi. Malahan diangkat mereka jadi perunding utama. {Bagi Kelantan dan Trengganu yang ingin mencerminkan ekonomi dengan pendekatan Islam kena mengambil mereka secara terbuka. Prof. Ungku Abdul Aziz, umpamanya boleh dilantik sebagi penasihat yang berwibawa].

3. Memberi bantuan "kerja", kemudahan, saham syarikat, projek, kawasan balak dan berbagai sumber kewangan kepada berbagai pertubuhan. Antara lain semua masjid, Persatuan IBU Bapa (sekolah) ,maktab, universiti, persatuan peladang, persatuan nelayan, persatuan tentera, persatuan polis, syarikat kerjasama. Pengawasan selain daripada jawatan kuasa maka kerajaan hendaklah mengawasi. Ketelusan perjalanan persatuan yang berkenaan hendaklah dibuka seluas yang mungkin. ;

4. Membeli tanah, harta dan perusahaan secara kolektif atau berkongsi. Malahan tanah kubur pun boleh dibeli ratusan ekar dengan melibat setiap keluarga untuk membyar Dahulu untuk dirinya atau orang lain yang perlukan lot.

[ Di Singapura satu lot dikenakan bayaran sebanyak Sing$350.00.; dan bagi orang miskin ada Islamic Trust Fund yang boleh menanggung bayaran !.].Begitu selintas fikiran yang dapat dikumpul selama ini.

posted by Permai @ 9:23 PM   0 comments
Thursday, February 14, 2008

IKLAN


PROJEK PROGRAM SEMINAR, MOTIVASI, KEM, KURSUS, KELAS BIMBINGAN DAN SEBAGAINYA

YDQT MANAGEMENT juga menjalankan projek program seminar motivasi kem kursus kelas bimbingan dan sebagainya. Dalam rangka ruang lingkup program ini adalah bertujuan untuk membantu dan mendidik generasi muda masa kini.

Sesiapa yang berminat atau kepada sekolah-sekolah, agensi-agensi, badan-badan, dan sebagainya untuk mengadakan program seminar motivasi kem kursus kelas bimbingan dan sebagainya boleh hubungi :

En. Muhammad Hanis Redha

Pengarah Eksekutif

YDQT Management

Tel : 017-4317672

ydqt.admin@yahoo.com



BERBEKAM

YDQT MANAGEMENT telah melaksanakan projek rawatan berbekam. Projek rawatan berbekam ini di jalankan oleh ahli Herbalis Perubatan Al-Wahida (HPA) yang merupakan pelajar di Maahad Tahfiz Yayasan Darul Quran Temerloh. Rawatan ini di jalankan secara berkala dan mendapat kelulusan dan pengiktiraran dari Herbalis Perubatan Al-Wahida (HPA) dan JAKIM. Rawatan mengikut al-Quran dan assunnnah.

Satu sesi rawatan : RM 60.00

Rawatan berbekam ini termasuk dengan urutan.

Berminat boleh hubungi :

En. Muhammad Hanis Redha

Pengarah Eksekutif

YDQT Management

Tel : 017-4317672

ydqt.admin@yahoo.com

posted by Permai @ 7:13 PM   0 comments
Menghitung Hari
Monday, February 11, 2008
posted by Permai @ 9:58 PM   0 comments
Perlaburan
YDQT MANAGEMENT akan melaksanakan projek akuakultur ternakan ikan keli. Sesiapa yang berminat untuk melabur dalam projek ini dengan konsep pelaburan mudharabah boleh hubungi :

En. Muhammad Hanis Redha
Pengarah Eksekutif
YDQT Management
Yayasan Darul Quran Temerloh
Kompleks Maahad Tahfiz
Sg.Netas, 28400 Mentakab
Pahang Darul Makmur
Tel : 017-4317672
ydqt.admin@gmail.com

Perbincangan dan pembentangan kertas kerja akan di buat untuk pelabur. Pelabur akan memliki saham dan akan menjadi pemegang saham dalam YDQT Management. Proses perlaburan mengikut kehendak hukum syarak di bawah konsep mudharabah dan perjanjian akan dibuat melalui peguam yang di lantik.
posted by Permai @ 9:50 PM   0 comments
Maal Hirah 1429H
Photobucket
posted by Permai @ 8:59 PM   0 comments
Pelan Lokasi
Photobucket
posted by Permai @ 8:46 PM   0 comments
Saturday, February 9, 2008



DATO' ISHAK BAHAROM MENINGGAL DUNIA


Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.

LATAR BELAKANG

Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007.
posted by Permai @ 1:34 AM   0 comments
Senarai Ahli Lembaga
Friday, February 8, 2008
SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH


PENAUNG
Tn. Hj. Yahaya bin Sulaiman
Pengerusi Yayasan DarAl-Quran


PENASIHAT
En. Azrul Azlan Iskandar Mirza
En. Azrul Hisyam Bin Salleh


PENGARAH URUSAN
En. Mohd Khairi bin Jamal


PENGARAH EKSEKUTIF/PENGURUS PEROJEK
En. Muhammad Hanis Ridha bin Makmor


KETUA PEGAWAI TADBIR
En. Zul Hairi bin Ahmad


PENGURUS KEWANGAN
Pn. Farah Syuhada binti


PENGURUS PEMASARAN
En. Mohd Taufik bin Abd Rahman


PENGURUS SUMBER MANUSIA
Cik Sarah Fawzia binti Mohd Fuzi

posted by Permai @ 11:55 PM   0 comments
Ekonomi
Wednesday, February 6, 2008

Ekonomi Islam

Kedatangan Islam sejak 14 kurun yang lalu telah membawa asas-asas dan panduan yang lengkap bagi membentuk dan melaksanakan ekonomi Islam walaupun nas-nas al-Quran mengenainya adalah secara umum kecuali nas-nas mengenai harta pusaka yang diturunkan secara detail dan lengkap. Ekonomi ini telah dilaksanakan pada pemerintahan baginda Rasulullah, pemerintahan para khulafa’ al-Rasyidin dan pemerintahan selepas itu. Maksud ekonomi Islam ialah pembinaan etika pengurusan ekonomi yang bertepatan dengan syarak dan asas-asas ekonomi.

Dari segi istilah ekonomi Islam terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Pertama : Asas-asas tetap yang dikenali sebagai ‘ideologi’ yang merupakan asas-asas yang telah dijelaskan dalam al-Quran yang sewajibnya manusia patuhi. Ia merupakan perkara yang tetap dan tidak akan berubah walaupun dengan perubahan masa, keadaan dan tempat.

Kedua : Asas-asas yang berubah yang dikenali ‘sistem pengurusan’. Prinsip ini berdasarkan etika pengurusan ekonomi dan peraturannya. Ia merupakan pola-pola yang yang boleh berubah mengikut situasi keadaan, masa dan tempat serta keperluan masyarakat dan negara. Perkara ini adalah berkaitan dengan cara perlaksanaan, pengurusan bagi membina ekonomi Islam dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat yang sentiasa berubah.

posted by Permai @ 10:50 PM   0 comments
Rancangan Projek Akuakultur
RANCANGAN PROJEK AKUAKULTUR TERNAKAN IKAN KELI

PENGENALAN

Masyarakat hari ini perlu banyak didedahkan dengan kefahaman dan ilmu bagi merelisasikan matlamat negara menjadi negara maju dan membangun dengan pesat dalam pelbagai sektor. Bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu dipertingkatkan bagi menaikkan taraf kesedaran sosial ilmu dan pembangunan ekonomi serta kemajuan taraf kehidupan khususnya terhadap generasi belia. Selain itu, pemahaman negatif yang wujud dalam masyarakat dahulu perlu di ubah melalui pendekatan bijaksana bagi menukar ke arah sikap yang positif.

Justeru, satu usaha kolektif perlu dilaksanakan bagi membina budaya cemerlang dan positif selari dengan usaha dan matlamat kerajaan. Rancangan melaksanakan projek ternakan air tawar dari sektor perikanan sangat sesuai pada masanya dan sebagai langkah pembangunan dan kemajuan bagi lepasan siswazah yang ingin berjaya.

Industri akuakultur akan dijadikan tonggak utama sektor perikanan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerana kita mahu pembangunan ekonomi komprehensif yang memberi peluang kepada semua pihak. Dengan menggunakan pendekatan baru sebegini, ia dapat dijadikan sumber pendapatan kepada masyarakat luar bandar, justeru ia wajar dilaksanakan untuk meningkatkan lagi nilai pertanian, nilai kerja-kerja berkaitan pertanian dan hasil-hasil pertanian.

Oleh yang demikian itu, projek ini amat penting dan bermakna bagi pembangunan dan kemajuan YDQT Management dan Yayasan Dar Al-Quran Temerloh di samping memberi peluang kepada pendedahan pembangunan ekonomi negara. Ia akan menjadi satu aspirasi terhadap saranan kerajaan Satu Wilayah Satu Industri dan memberi peluang kepada lepasan siswazah bergelar usahawan yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi.

Photobucket
posted by Permai @ 9:31 PM   0 comments
AHLI LEMBAGA

SENARAI AHLI LEMBAGA PENGARAH


PENAUNG
Tn. Hj. Yahaya bin Sulaiman
Pengerusi Yayasan DarAl-Quran



PENASIHAT
En. Azrul Azlan Iskandar Mirza
En. Mohd Azrul Hisyam Bin Salleh


PENGARAH URUSAN
En. Mohd Khairi bin Jamal


PENGARAH EKSEKUTIF/PENGURUS PEROJEK
En. Muhammad Hanis Ridha bin Makmor


KETUA PEGAWAI TADBIR
En. Zul Hairi bin Ahmad


PENGURUS KEWANGAN
Pn. Farah Syuhada binti Ramli


PENGURUS PEMASARAN
En. Mohd Taufik bin Abd Rahman


PENGURUS SUMBER MANUSIA
Cik Sarah Fawzia binti Ahmad Fuzi

PREVIOUS POST
ARCHIVES
::SISIPAN::

BLOGGER

 Pejabat : 39 A, Jalan Zabidin, 28400 Mentakab, Pahang DM
Alamat Surat Menyurat : F-214 Jalan Selayang, 28000 Temerloh, Pahang DM
Pusat Pendidikan : Kompleks Darul Quran, Kg Sg Netas, 28400 Merntakab, Pahang DM
No Pendaftaran : 1570/92 (Pahang)
http://darulquran.blogspot.com - ydqt.admin@gmail.com